02 November 2010

Dakwah..analogi jualan langsung?

Kalau saya kata dakwah itu memberi, adakah anda setuju?
Andai saya kata dakwah itu umpama melakukan jualan langsung, anda setuju?
Ya..kalau dilihat pada pengertian dakwah itu sendiri, ia bermaksud mengajak, menyeru manusia kepada kebaikan, meninggalkan kemungkaran. Ataupun suatu proses membawa manusia kembali kepada asal iaitu FITRAH.
untuk itu, pendakwah perlulah sentiasa memberi. Bukan memberi duit, bukan juga memberi makanan secara zahirnya kepada masyarakat, tetapi memberikan sesuatu yang dipanggil “makanan rohani”. Apakah itu makanan rohani?
Masyarakat sekarang sudah membangun, sudah mampu mencapai kedudukan dan pangkat yang tinggi. Tetapi kesibukan dalam mencapai harta, pangkat dan kekayaan dunia seringkali membuatkan manusia ini lupa dan alpa kepada keperluan mengutip sesuatu bekalan untuk akhirat. Inilah dia bekalan rohani. Nah saudara sekalian, penyakit sudah kita tahu, sekarang tugas kita untuk memberi ubat sesuai dengan penyakit yang dialami oleh masyarakat kita. Ya, dakwah itu memberi, Sentiasalah bersedia untuk memberi :

1. Nasihat kepada sesiapa sahaja, walau sebesar atau sekecil mana pun nasihat tersebut, sentiasalah menasihati, kerana manusia, seringkali tersesar, seringkali tersalah dalam membuat penilaian atau keputusan.
2. Contoh tauladan yang baik kepada masyarakat. Ikutlah sunnah Rasul junjungan yang mana budi dan akhlaknya sentiasa menjadi sebutan, walaupun dalam kalangan bukan Islam. Subhanallah..
3. Peringatan kepada sesiapa sahaja, akan balasan yang telah Allah sediakan untuk kita. Jika mempunyai aklhak yang baik insyaallah ganjarannya syurga, jika buruk akhlaknya insyaallah juga ada balasan yang setimpal. Ini kerana manusia seringkali lalai terutama dalam merebut kemewahan dunia.
4. Ancaman kepada sesiapa sahaja yang melakukan kemungkaran dan penganiayaan di atas muka bumi ini. Walau sekejam mana, walau sekuat mana, hakikatnya manusia akan pulang kepada pencipta. Pencipta yang Maha Adil akan mengadili segala apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan ini.

Saya katakan dakwah itu umpama melakukan jualan langsung. Ya..
Kenapa? Jika kita perhatikan orang yang melakukan jualan langsung, di samping produk yang baik, apa yang membuatkan orang tertarik, seterusnya membeli produk tersebut? Ya..sudah tentulah kerana penjual itu sendiri kan? Mari senaraikan beberapa kemahiran atau skill yang perlu ada pada ahli jualan langsung tersebut:

1. Kemahiran bercakap
2. Penyusunan strategi jualan
3. Pengetahuan
4. Skill pembujukan ( keupayaan untuk mempengaruhi seseorang )
5. Rajin
6. Cekap

Ha.. tidakkah semua itu jugalah yang diperlukan oleh seorang pendakwah? Jadi tidak salah kan, perumpamaan-perumpamaan yang saya berikan? Sama-samalah kita memperbaiki diri, mempersiap diri kita sebagai seorang pendakwah, agar mampu berhadapan dengan masyarakat yang sangat memerlukan pertolongan kita. Semoga coretan ringkas ini mampu difahami oleh pembaca semua, saya sekadar berkongsi pendapat yang mungkin tak mampu saya utarakan secara lisan, berkonsi rasa, yang menjadi rahsia hati seorang insan yang berkesedaran..wallahua’lam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan