Musim cuti sudah berakhir, cutiku sudah berakhir, esok akan bermula kembali perjuanganku sebagai pelajar, meneruskan baki-baki perjalanan, menapak dan terus menapak di bumi Universiti Malaya ini. Semuanya demi mencapai matlamat yang satu, tujuan yang satu..,menuntut ilmu untuk kepentingan dunia dan akhiratku!
Aku kembali bersendirian di negeri orang. Tanpa keluarga yang sentiasa menemaniku semasa cuti baru-baru ini. Aku kini hanya bertemankan sahabat-sahabat, buku-buku dan sudah pasti Allah bersamaku..
Bersendirian, membuatkan aku berfikir akan apa yang telah ku lalui sepanjang 2 bulan bercuti, banyak peristiwa yang berlaku sangat memedihkan hati, akhirnya mengundang air mata datang bertamu..
Di kolej, aku seorang sahabat yang baik, prihatin kepada kawan-kawanku..
Di kelas, aku mampu melakukan pembentangan dengan baik..
Dalam program yang dijalankan pula, aku mampu menyentuh perasaan sasaran..
Tapi bika aku berdepan dengan yang satu ini, aku kalah, aku masih tak mampu menjadi yang terbaik..aku kalah bila berhadapan dengan keluargaku sendiri!
Keluarga yang sangat memerlukan rawatan..tapi aku tak mampu menolong..
Seorang remaja perempuan terlalu inginkan aku sebagai kakak angkatnya supaya aku dapat terus membimbingnya, tapi aku tak mampu jadi pembimbing kepada akik-adikku sendiri! Ya Allah..hanya Dia yang tahu betapa aku rasa bersalah dengan mereka..
Betapa aku malu dengan Tuhan..lemahnya aku..acap kali air mata menjadi penemanku..
Rasa bersalah kerana aku tak mampu..
Rasa bersalah kerana terlalu lemah..
Ya Allah..kuatkanlah diri ini..
11 Julai 2010
04 Julai 2010
01 Julai 2010
:: Jambatan usia::

Sepanjang perjalanan ini..
Sedalam hembusan nafas ini..
Seindah pemandangan ini..
Aku meniti jambatan usia
Sehangat pelukanmu ibu..
Seteguh kasihmu ayah..
Seikhlas huluran ukhwahmu teman..
Aku meniti jambatan usia
Tapak demi tapak
Langkah demi langkah
Jatuh rebah,tawa tangis
Aku meniti jambatan usia
Separuh perjalanan ku selusuri
Rintangan, onak duri kutempuhi
Aku meniti jambatan usia
Kini dengan iltizam di hati
Kesabaran memagar diri
Pengharapan padaMu Illahi
Langkah terus kuatur
Terus meniti jambatan usia
Sementara menunggu jemputanMu Ya Rabbi
Langgan:
Catatan (Atom)